INDUSTRI MUZIK DI MALAYSIA

PENGHARGAAN

Alhamdulillah saya ucapkan ke hadrat ilahi kerana dengan semangat yang dikurniakan olehnya saya menyempurnakan tugasan bagi subjek music industry ini.Ucapan ribuan terima kasih kepada encik Bahizal Abu Bakar,pensyarah bagi subjek ini kerana banyak membantu memimbing kami sepanjang semester ini.Encik Bahizal tidak kekok dalam menyebarkan ilmunya yang luas tentang industri muzik tanah air dan juga antarabangsa.Saya yakin ilmu ini dapat saya gunakan pada suatu hari nanti apabila saya berkerja di dalam industri.

 PENGENALAN


Saya yang dilahirkan pada tanggal 11 November 1997 di hospital Taiping,Perak di beri nama Muhammad Hafiz B.Mohamed Zahari.Saya merupakan cahaya mata sulong kepada insan yang bernama Zaidatul Akmar bt. Mat Noor dan Mohamed Zahari b.Ibrahim.Saya dibesarkan di Taiping,Perak .Bagaimana datangnya minat kepada muzik dalam diri saya?Ibu saya yang merupakan seorang guru muzik di sebuah sekolah rendah dia Sk Simpang perak merupakan pengaruh yang terbesar kepada saya.Saya sering mengikuti ibu saya ketika beliau melatih anak anak didiknya muzik disekolah.Saya bermula giat di dalam bidang muzik sejak berumur 9 tahun. Instrument pertama yang saya pelajari ialah pergendangan melayu kerana saya mengisikan kekosongan pemain gendang di sekolah saya.Kemudian apabila saya berpindah ke sekolah menengah ,saya mula menjinakan diri dengan instrument seperti gitar dan bass.Kemudian apabila saya meningkat ke tingkatan 5,Minat saya kepada violin tercetus apabila saya sering menonton pemain violin yang hebat di laman sosial dan youtube.Pencapaian tertinggi saya sewaktu saya bergelar pelajar sekolah adalah menjadi juara untuk pertandingan puisi dan lagu yang dianjurkan oleh UNESCO pada peringkat kebangsaan.Tamat zaman persekolahan saya melanjutkan pelajaran di fakulti muzik UiTM Shah Alam.Saya memilih violin sebagai alat muzik Major saya.Saya juga bermain didalam kugiran underground tempatan yang bernama Unravel sebagai basist dan vokalis.Rancangan saya selepas menghabiskan pembelajaran saya sewaktu diploma adalah saya berhasrat untuk menyambung pembelajaran saya dalam Degree in Perfomance di Uitm.

 INDUSTRI MUZIK DI MALAYSIA.

Pada zaman Malaysia moden kini ,Industri Muzik di Malaysia semakin membangun hari demi hari.Hal ini adalah kerana semakin ramai anak anak muda menghasilkan karya muzik.Selain dari itu ,mereka juga semakin gigih menceburkan diri untuk menjadi penyanyi dan pemuzik tanah air.Terdapat juga pemuzik didalam industri berumur semuda 16 tahun.Hal ini tejadi kerana kepesatan kemajuan teknologi di malaysia.Anak anak muda boleh belajar muzik melalui aplikasi teknologi bila bila masa dan dimana mana juga.Pada umur 17 ke 20 tahun mereka sudah mampu menghasilkan karya karya yang hebat untunk disumbangkan kepada industri muzik tanah air.Persaingan di dalam industri juga semakin meningkat hari demi hari kerana terlalu ramai pemuzik berlumba untuk menempa nama mereka.

Namun begitu,Tidak semestinya kepesatan persaingan didalam industri muzik kita dapat melahirkan karya yang bermutu.Hal ini adalah kerana rakyat Malaysia tergolong dalam golong yang menyukai muzik yang easy to listen.Ada juga music seperti sedemikian berkualiti namun apa yang berlaku sekarang adalah lagu lagu yang popular di pasaran adalah lagu lagu yang tidak berkualiti.Bagaimanakah hal ini terjadi.Pada pendapat penulis,wang merupakan raja untuk segalanya.Contoh, seorang komposer menghasilkan karya yang tidak bermutu,tetapi beliau mempunyai wang yang banyak untuk merakamkan muzik dan menerbitakan muzik mereka untuk dimainkan di radio tempatan.Radio tempatan pula berulangkali memainkan muzik tersebut untuk didengari oleh rakyat malaysia.Penulis yakin jika muzik berkenaan berulangkali dimainkan oleh radio,maka pendengarnya akan menjadi ibarat di brainwash dan pendengarnya akan menyukai lagu tersebut tanpa sedar.

  PENYELESAIAN

Terdapat beberapa cara untuk menyelesaikan masalah ini.Yang pertama,sebuah jawatankasa pengawalan karya di malaysia harus ditubuhkan .Hal ini adalah unutk memastikan standard muzik kita setaraf dengan antarabangsa.Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk menapis karya yang tidak bermutu dari memasuki cabang cabang mainstream dimalaysia contohnya,radio dan TV.Maka dengan itu pengkarya yang kurang berkualiti akan terus berusaha menghasilkan karya yang lebih berkualiti dan pengkarya yang berkualiti akan terus menghasilkan karya yang berkualiti.

Cara yang seterusnya adalah dengan menambahbaikkan lagi sistem pendidikan muzik yang sedia ada.Hal ini adalah kerana,Untuk menghasilkan karya yang berkualiti,seseorang pengkarya harus mempunyai ilmu yang luas.Pendidikan muzik harus ditambah baik dari peringkat serendah peringkat sekolah kerana anak anak muda ibarat kertas kosong yang harus dicorakkan.

Kemudian,penyanyi yang tidak berkualiti haruslah ditapis supaya dapat memberi lalulan kepada penyanyi yang lebih berkualiti.Bagaimana penynyi yang tidak berkualiti dapat menempa nama di dalam industri adalah kerana kuasa viral di media sosial dan konsep rupa paras lebih penting dari suaranya.Jika ini berterusan,industri kita akan berterusan dipandang rendah oleh negara negara yang lain.

KESIMPULAN

Kesimpulannya terdapat banyak cara yang dapat kita lakukan untuk memastikan Kualiti industri muzik di Malaysia.Industri muzik penting kerana ia adalah merupakan salah satu penyumbang ekonomi di malaysia.Jika industri muzik Maju maka negara akan scara automatiknya menjadi lebih maju.Industri muzik yang berkualiti juga dapat memastikan Malaysia lebih dikenali dan dipandang tinggi oleh negara negara yang lain.

Comments